Thursday, April 19, 2012

Kerja Adalah Ibadah & Amanah

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk
 Allah, Tuhan semesta alam” (Surat  Al-An'aam ayat 162)

Bimbang Usia Isteri Lebih Tua

Assalamualaikum..
Saya berhasrat untuk berkahwin dengan teman wanita saya yang berumur 29 tahun iaitu 3 tahun lebih tua daripada saya. Saya risau faktor perbezaan usia begini boleh mendatangkan masalah kepada rumahtangga yang bakal kami bina. Saya juga khuatir sekiranya keluarga saya tidak dapat menerima keputusan saya ini. Saya menjadi tidak yakin dengan keputusan saya kerana ada yang mengatakan bahawa banyak masalah yang akan timbul dalam rumahtangga pasangan seperti saya. Apakah benar kenyataan ini? Adakah terlalu pelik di mata orang lain sekiranya bakal isteri saya lebih tua daripada saya? bolehkah saudara memberi tips atau panduan yang boleh mengelakkan pandangan negatif ahli keluarga? Saya amat memerlukan dorongan bukan ugutan.
Sekian terima kasih

Berpoya dengan Bakal Adik Ipar

Saya sudah pun bertunang dan bakal mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat. Masalah yang saya hadapi ialah bagaimana saya akan berdepan dengan keluarga mertua saya kelak?

Dilema Jatuh Cinta Suami Orang

Saya sedang mengalami satu masalah mengenai memilih jodoh. Saya adalah seorang wanita yang berumur 34 dan belum bernikah. Sepanjang hayat saya, saya belum temui jejaka yang saya ingin nikahi sehinggalah saya bertemu seorang jejaka di sebuah majlis.
Pada pandang pertama, saya tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadapnya kerana penampilannya yang sederhana dan orangnya pun telah berusia sedikit. Saya hanya mula tertarik kepadanya apabila terdengar alunan suaranya semasa membaca Al-Quran dan saya tidak dapat lupakan dia hampir setahun selepas pertemuan pertama. Kami menjaga kehormatan diri sendiri dan tidak pernah menukar nombor talipon atau alamat emel untuk berinteraksi. Tetapi saya setia dengan menghadiri majlis yang dia pimpini setiap minggu. Kami hanya benarkan pandangan kepada satu sama lain dari jauh sahaja.

Bakal Isteri Takut Malam Pertama

aya akan melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat ini. Masalah saya ialah bakal isteri saya terlalu takut untuk menghadapi malam pertama. Dia selalu mendesak saya supaya mencari dan mempelajari kaedah atau cara-cara yang difikirkan sesuai untuk memecah dara di malam pertama nanti dengan harapan supaya tidak terlalu sakit.
Soalan saya ialah, adakah terdapat cara untuk mengurangkan rasa sakit bakal isteri saya semasa melakukan hubungan seks kali pertama?

Bakal Suami ‘Penipu Besar’

Assalamualaikum…Saya akan melansungkan hari pernikahan dengan seorang jejaka yang satu tempat kerja dengan saya. Masalahnya ialah jejaka yang pada mulanya saya kenal seorang yang baik, rajin saya lihat pergi ke surau, bercakap dengan penuh sopan santun dan berbudi bahasa, tak cakap benda-benda mengarut walaupun kami bekerja dalam invironment yang pekerjanya suka cakap mengarut-ngarut dan lucah maklumlah hotel line. Saya mula jatuh hati dengan sidia ni setelah kami dilaga-lagakan oleh kawan sedepartment. Cinta pun berputik. Selang sebulan, saya dapat call kecemasan ayah saya sakit tenat. Dia pun ambil kesempatan ini untuk ikut saya balik ke kampung berjumpa kedua orang tua saya. Ayah saya memang tenat, tapi saya tak boleh cuti lama maklum sajalah company cina. Mereka ni tak faham. Saya dan si dia balik ke KL dan meneruskan kerja seperti biasa, tapi sampai saja di hotel kawan-kawan terus mencemuh saya kenapa saya kerja saya sepatutnya ada disisi orang tua saya yang sakit mereka memerlukan saya, mereka menyalahkan teman lelaki saya. Mereka marah saya yelah sebab dia saya balik KL tak tunggu menemani ayah saya.