ETIKA KERAHSIAAN

Perkhidmatan psikologi amat mementingkan aspek kerahsiaan. Ini bermakna segala rekod dan urusan surat-menyurat yang berkaitan dengan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah rahsia dan SULIT mengikut Peraturan-Peraturan Kaunselor (Kelakuan Dan Tatatertib) 1999 dan Akta Kaunselor 1998.  Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian bagi menjamin kerahsiaan adalah seperti berikut:-

Sukarela
Segala maklumat, rekod dan urusan surat-menyurat yang berkaitan dengan klien yang datang secara sukarela bagi mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah RAHSIA.

Membentuk, menyimpan, memperolehi, memindah, mengeluarkan dan mendedahkan rekod atau dokumen perkhidmatan  bimbingan dan kaunseling   
Kaunseling  yang  terlibat  dengan  perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling perlu mengekalkan  kerahsiaan  yang  sesuai  dalam  membentuk,   menyimpan,   memperolehi, memindah, mengeluarkan dan mendedahkan rekod atau dokumen yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Pengecualian pendedahan maklumat, rekod atau dokumen  perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
Maklumat, rekod atau dokumen yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah rahsia kecuali untuk kebaikan klien,  kebaikan  orang lain,  kebaikan organisasi,  atau keperluan undang-undang

No comments:

Post a Comment