ARKIB


PENGENALAN

Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong secara profesional berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor untuk membantu klien meneroka, menganalisis, memahami diri dan mampu membuat keputusan sendiri mengikut Kod Etika kaunselor (Peraturan-peraturan kelakuan dan tatatertib 1999 dan akta kaunselor 1998).

Perkidmatan bimbangan dan kaunseling merupakan perkhidmatan memberi pertolongan dan bukanya memberi arahan atau membuat pilihan atau membuat keputusan untuk individu tentang apa yang dilakukan. Ia juga bukan bertujuan untuk mempengaruhi individu supaya menurut sesuatu idealisme. Fahaman atau sudut pandangan pegawai yang memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mengiktiraf wujudnya perbezaan individu dalam mencapai matlamat proses bimbingan dan kaunseling.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga bukan untuk mengambil alih tanggungjawab seseorang individu dalam menyelesaikan masalahnya, malah ia merupakan proses kerjasama erat antara kaunselor dengan klien dan seluruh potensi yang ada di organisasi dan masyarakat. Secara ideal seluruh potensi harus digabungkan agar bantuan dapat diterima secara maksimum oleh setiap individu yang memerlukan. Perkhidmatan psikologi amat menitik beratkan etika kerahsiaan dalam memberi perkhidmatan kepada individu atau kelompok. Secara umumnnya matlamat perkhidmatan bimbingan dan kaunsling adalah seperti berikut:
  • Mempertingkatkan kemahiran menghadapi perubahan.
  • Mempertingkatkan kemahiran membuat keputusan.
  • Memperkembangkan potensi diri.
  • Perubahan tingkah laku.
  • Memperbaiki hubungan dengan individu lain

VISI
  • Menjadikan pemangkin kepada pembangunan sahsia di dalam diri setiap orang yang menerima perkhidmatan kaunseling secara maya dan sebagai medium perhubungan antara kaunselor dan kilen yang ingin menerima perkhidmatan kaunseling secara cepat dan pantas.
MISI
  • Melaksanakan aktiviti khidmat kaunseling kepada orang ramai dan masyarakat yang memerlukan khimat kaunseling.
  • Membantu masyarakat yang memerlukan bantuan dalam menghadapai permasalahan di dalam kehidupan.
  • Bertindak sebagai perantaraan antara masyarakat yang memerlukan khidmat kaunseling dengan kaunselor dalam berbincang untuk mencari jalan penyelesaian dalam permasalahan yang dihadapi.
  • Sebagai sumber rujukan oleh orang ramai bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan khidmat kaunseling dan juga info-info berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi oleh setiap individu dalam kehidupan seharian.

OBJEKTIF
  • Mewujudkan satu keadaan yang lebih baik dan tersusun kepada orang ramai yang memerlukan khidmat bimbingan dan kaunseling
  • Mengenalpasti langkah yang sesuai untuk membantu masyarakat yang amat memerlukan bantuan khidmat kaunseling bagi meyelesaikan masalah mereka.
  • Membantu masyarakat mempertingkatkan kemampuan diri dan berkembang menjadi seorang insan yang lebih baik lagi pada masa hadapan.
  • Mengenal pasti permasalahan diperingkat awal dan membantu masyarakat agar permasalahan yang dihadapi tidak berterusan dan menjadi bertambah sukar untuk diselesaikan.
  • Mewujudkan hubungan yang baik antara masyarakat dengan kaunselor dalam jalinan hubungan secara maya.

MOTO

"We want to help you for the next generation"

No comments:

Post a Comment